Bentuk sumbang mahram Sumbang_mahram

Sumbang mahram antara ibu bapa dengan anak

Sumbang mahram antara ibu bapa dan anak mereka pada mana-mana satu umur boleh berlaku, baik antara jantina yang berbeza mahupun antara jantina yang sama.

Banyak ahli-ahli sains, sosiologi, dan psikologi, serta pekerja sosial dan pegawai kerajaan yang lain telah mengkaji kesan sumbang mahram ibu bapa dan mempertimbangkannya daripada kedua-dua segi. Bagaimanapun, pendirian berat sebelah umumnya wujud dalam penyelidikan, bersama-sama dengan hubungan rapat antara para penyelidik dengan "mangsa-mangsa" yang menjejaskan keobjektifan penyelidikan mereka (umpamanya, Andrew Vachss, Ken Adams). Adanya perbezaan yang dramatik antara bilangan-bilangan kes ketika ibu bapa "tiri" juga dianggap sebagai kes sumbang mahram.

Memandangkan dwisifat pantang larang dan sifat haram sumbang mahram antara ibu bapa dengan anak mereka, serta fakta bahawa ia dilakukan dengan kanak-kanak yang bergantung kepada mereka, banyak kes tidak dilaporkan dalam statistik kerajaan rasmi yang hanya mengandungi matlumat yang diberikan secara rela.

Sumbang mahram antara saudara kandung

Interaksi-interaksi sumbang mahram sepersetujuan antara adik beradik yang berumur serupa kekadang berlaku, menurut sebuah kajian oleh Floyd Martinson yang mendapati bahawa antara 10-15% daripada pelajar kolej mempunyai pengalaman seks kanak-kanak dengan seorang saudara kandung. Pengalaman tersebut merupakan sejenis keseksualan kanak-kanak. Bagaimanapun, ketika terdapat perbezaan umur yang besar antara saudara-saudara kandung, dan ibu bapa tidak membekalkan keluarga berfungsi, dan/atau ketika paksaan atau perdayaan digunakan, sumbang mahram saudara kandung boleh mengakibatkan kerosakan psikologi yang serius kepada saudara kandung yang lebih muda, menurut penyelidik Richard Niolon. Sumbang mahram saudara kandung boleh juga merosakkan atau memusnahkan sama sekali ikatan saudara kandung.

Hubungan seks antara sepupu dan antara saudara jauh

Peta tentang kesahan perkahwinan antara sepupu di Amerika Syarikat.

Dalam kebanyakan dunia Barat, sumbang mahram secara amnya merujuk kepada hubungan seks yang dilarang dalam keluarga. Bagaimanapun, takrif tentang keluarga berbeza-beza. Di dalam Amerika Syarikat, perkahwinan antara sepupu diharamkan di sesetengah negeri, tetapi adalah sah di sisi undang-undang di negeri-negeri yang lain, dengan ahli-ahli sosiologi mengelaskan undang-undang perkahwinan kepada dua kategori:

  • kumpulan yang mengambil takrif sumbang mahram daripada kitab Bible yang lebih tidak menyukai perkahwinan dalam jurai keturunan berbanding dengan saudara sedarah;
  • kumpulan yang berpendirian bertentangan, iaitu lebih tidak menyukai perkahwinan antara saudara sedarah (seperti sepupu), berbanding dengan jurai keturunan.

Dua puluh empat buah negeri mengharamkan perkahwinan antara sepupu, dan lagi enam buah negeri membenarkannya hanya dalam keadaan-keadaan yang khusus. Umpamanya, Utah membenarkan perkahwinan antara sepupu hanya jika kedua-dua pasangan berumur melebihi 65 tahun, atau sekurang-kurangnya 55 umur atas bukti kemandulan. Carolina Utara membenarkan perkahwinan antara sepupu kecuali mereka merupakan sepupu daripada melebihi satu jurai keturunan (bahasa Inggeris: "double first cousins") . Maine membenarkan perkahwinan antara sepupu hanya selepas penyerahan sijil kaunseling genetik. Sembilan belas buah negeri yang tinggal, serta Daerah Columbia membenarkan perkahwinan antara sepupu tanpa sebarang sekatan.

Sah di sisi undang-undang di negeri-negeri berikut

Alabama, Alaska, California, Carolina Selatan, Carolina Utara, Colorado, Connecticut, Daerah Columbia, Georgia, Hawaii, Maryland, Massachusetts, New Jersey, New Mexico, New York, Pulau Rhode, Tennessee, Vermont, Virginia

Diharamkan di negeri-negeri berikut

Arkansas, Dakota Selatan, Dakota Utara, Delaware, Florida, Idaho, Iowa, Kansas, Kentucky, Louisiana, Michigan, Minnesota, Mississippi, Missouri, Montana, Nebraska, Nevada, New Hampshire, Ohio, Oklahoma, Oregon, Pennsylvania, Texas (tiada kes baru sejak 1 September 2005; perkahwinan dahulu masih dianggap sah di sisi undang-undang), Virginia Barat, Washington, Wyoming

Sah di bawah keadaan-keadan tertentu di negeri-negeri berikut

Arizona, Illinois, Indiana, Maine, Utah, Wisconsin

Atas sebab Fasal Kepercayaan Penuh dan Penghargaan dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, sebuah perkahwinan antara dua orang sepupu yang diadakan di sebuah negeri yang mengesahkannya secara amnya masih sah di sisi undang-undang di negeri-negeri lain yang mengharamkan perkahwinan sedemikian. Oleh itu, dua orang sepupu yang merupakan penduduk sah di Virginia dan yang berkahwin di sana, tetapi kemudian berpindah ke Michigan, masih akan diakui sebagai berkahwin secara sah di sisi undang-undang Michigan. Bagaimanpun, lingkungan "Fasal Kepercayaan Penuh dan Penghargaan" tidak jelas kerana negeri-negeri tidak perlu mengakui perkahwinan yang diadakan di Massachusetts antara pasangan sama jantina. Jelas adanya percanggahan, dengan mahkamah-mahkamah mentafsirkan klausa tersebut dengan cara-cara yang berbeza. Sesetengah negeri seperti Wisconsin ) juga memperlakukan perkahwinan di luar negeri yang diadakan di sana untuk memintasi sekatan perkahwinan negerinya, serta juga perkahwinan yang diadakan di negerinya untuk mengelakkan sekatan di bidang kuasa wilayah lain, sebagai batal dan tidak sah.

Lihat juga: Pasangan sepupu

Sumbang mahram terselindung dan sumbang mahram emosi

'Sumbang mahram terselindung' dan 'sumbang mahram emosi' merupakan istilah yang menimbulkan perbalahan yang digunakan oleh sesetengah orang apabila memerihalkan keadaan-keadaan yang tidak mempunyai sebarang sentuhan seks yang sebenar, tetapi hanya merupakan hubungan emosi yang tidak wajar antara saudara-saudara. Salah satu contoh adalah ketika seorang ibu bapa memperlakukan anaknya dengan cara yang serupa dengan cara seseorang memperlakukan pasangan seksnya, walaupun mereka tidak melakukan sebarang kegiatan seks.

Mereka yang menggunakan istilah 'sumbang mahram terselindung' akan menggunakan istilah 'sumbang mahram terang-terangan' untuk memerihalkan hubungan seks antara saudara-saudara, walaupun hampir semua orang akan memanggilnya sebagai "sumbang mahram" secara mudah tanpa sebarang pembatasan. Hanya penyokong konsep sumbang mahram terselindung secara amnya akan menggunakan istilah 'sumbang mahram terang-terangan'. Banyak pemandiri sumbang mahram dan orang-orang yang lain berdebat bahawa sesuatu keadaan yang tidak melibatkan sentuhan seks yang fizikal harus tidak dipanggil sumbang mahram.

Konsep sumbang mahram terselindung adalah penuh dengan perbalahan. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, perkara ini telah biasa dibincangkan oleh ahli-ahli terapi serta kumpulan-kumpulan membantu diri, dengan buku-buku seperti Digoda dengan Senyap: Apabila Ibu Bapa Menjadikan Anak Mereka Sebagai Pasangan - Memahami Sumbang Mahram Terselindung (Silently Seduced: When Parents Make their Children Partners - Understanding Covert Incest) oleh Kenneth Adams (ISBN 1-55874-131-3). Bagaimanapun, konsep ini telah dikritik kerana mengecilkan perbuatan-perbuatan yang secara tradisi dikenali sebagai sumbang mahram. Ia juga dikritik sebagai menghantukan ibu bapa yang, sedangkan menghadapi persoalan emosi dalam hubungan dengan kanak-kanak mereka, tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang akan memanggil "sumbang mahram" oleh kebanyakan orang. Para pengkritik mendakwa bahawa "sumbang mahram terselindung" bukannya konsep yang berkait dengan penyelidikan ilmiah yang serius; sebaliknya, ia hanya merupakan ciptaan psikologi popular.

Rujukan

WikiPedia: Sumbang_mahram http://www.kalimunro.com/article_mother_son_sexual... http://www.phoenixnewtimes.com/issues/2005-12-29/n... http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id... http://www.vachss.com/help_text/incest.html http://www.anth.ucsb.edu/faculty/tooby/classes/ant... http://web.archive.org/web/19970730031235/http://w... http://www.icasa.org/uploads/adult_survivors_of_in... http://www.legalaffairs.org/issues/January-Februar... http://www.mdsa-online.org http://protect.org/articles/vachssNewYorkVictory.h...